// Qa
Assalamualaikum!

Seorang tipikal yang berangan tak sudah



Diaries Owner Linkies

cari jodoh ke? mungkin saya kot emmmm (kalau awak lelakilah)




Dah nak dekat!

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


   Masha Allah Subhan Allah bergerimisnya habuk disini bagai gerimisnya hujan di musim tengkujuh 



Dah nak masuk 18 umur aku skrg, which mean dah habis spm dan sedang menunggu nak jejakkan kaki ke dunia sebenar bak kata sipolan sipolan yang diluar sana tu. Bak kata merekalah, tapi mmg betul pun. Dah habis spm and aha result pun dah keluaq na, overallnya takdelah cemerlang tapi still ada rezekilah untuk masuk universiti oxford kahkahkah bo ong aja. Tapi apa apa pun resultnya Allah dah setkan memolek rezekinya dimana dan dimana. Allah kan maha pemurah, tau tak? sebat karang!

Lol, perasaan nak menulis ni datang sbnarnya bila tetiba rasa nak berkongsi sangat perasaan kompius gila nak sambung study mana

betul betul kompius, sampai slalunya suka spend time baca buku fixi jadi tak ada mood nak baca. Pastu dok berangan kalau sambung sana cane sambung sini cane pastu rasa nak nangis bila tetiba rasa dua dua susah nak dipilih *nangis

tipu je tak nangis pun

betul.

*perah keyboard

Lol lagi banyak betul drama. Sampai akak aku pun cakap lepas dapat result tu suruh aku ambik dip teater atau sastera. huh. Tapi mmg ada berangan berteater bersastera sengsorang pun

Manalah tau kan ada rezeki tang tu, takpelah. leklu ah. Simpan dulu la bakat emas ni untuk kecemasan hewhew  #adabakaterendam

Dalam pening pening tu ada step yang aku dah rangka waktu menaip ni, sebab tulah bila kompius ceni Allah bagi idea kat aku supaya menulis balik kat sini. Alhamdulillah!

 First, dirikan solat istikharah. Ni mmg aku dah fikir fikir awal awal dah cuma.......... tak cukup keyakinan kat diri sndiri lagi....... hiwhuw

Second, cek balik dimana tahap kemampuan kita kat course yang ditawarkan tu. Cukup rajin ke idok untuk struggle dalam course tu macam..... biar akulah jadi contoh. Cita cita dari zaman pak pandir mak andir lagi nak jadi doktor tapi setakat bercita cita so takde citalah jadinya hahahahaha so aku rasa mungkin aku takde rezeki dalam bidang perdoktoran *byebye* mula mula mmglah terkilan, tapi nak terkilan apa lagi dah kalau salah diri sndiri mmg takde usaha setakat 'nak'. Itulah yang aku pelajari selepas spm ini sobs. Heh. Nak cakap soal nak smua benda kita boleh cakap 'nak', contohnya "aku nak jadi bini jep satgi" "aku nak pi rumah kwang soo petang sok nak ajak main galah panjang" "aku nak pi belajar kat korea sana pas tu perancis kot". Semuanya kita boleh nak tapi tak semuanya kita boleh dapat. Tu satu jugak, soal REZEKI. And kalau betul 'nak' kena USAHA. one word je tapi pergh mmg pergh i feel you tapi pergh tak pergh jugaklah. Yang soal rezeki mmg kita takboleh usik tapi soal usaha kalau kau tak sentuh tak usik tak cuit toksoh beranganlah, aku belanja buah berangan kat genting sempah tu jelah nak? hewhew okay next!

Third, pilih tempat yang ramai yang paling tinggi yang paling banyak paling tak nak kalah paling mmg pergh gila ah ramai betul lelaki hensem. kahkahkah dapat pikir dua step je sebab nak rush tgok isteri separuh masa hahahaha! 

 In sha Allah jangan lupa blessing ibu bapa gakkan, tak guna pilih yang kita suka tapi mak bapak kata takpayah kita pergi jugak. Awal awal lagi berkat paling diperlukan dalam nak berjaya dah takde. Buat rugi je nanti usaha usaha semua. Masha Allah idea is running out!

till i exist at here again!